Jurus-jurus tenaga dalam di sini berbeza dengan jurus-jurus pencak silat fizikal, tetapi lebih dekat dengan senaman olah raga. Hal ini, kerana gerakan-gerakan yang dirankaikan di dalam jurus tenaga dalam tidak dipersiapkan untuk menghadapi kontak langsung dengan serangan fizikal dari pihak lawan. Jurus-jurus tenaga dalam lebih ditekankan sebagai latihan guna mempersiapkan fizikal agar dapat dijadikan sebagai pra sarana yang baik dalam mengungkapkan pelontaran tenaga dalam. Dengan jurus-jurus tenaga dalam fizik diberi latihan yang mengarah kepada terbukanya saluran tenaga dalam melalui fizikal. Sudah tentu jurus-jurus tenaga dalam setiap perguruan gerakannya tidak sama. Kekuatan tenaga dalam boleh dilontarkan secara baik dengan dokongan fizik maupun tanpa dokongan fizik yang tanpa dokongan fizikal ini menggunakan kekuatan batin, atau sugesti.
No comments:
Post a Comment