Silat Lintau, Berasal dari daerah Lintau Buo Kab.TanahDatar, Sumatera Barat. Silat ini merupakan silat yang terkenal di Minangkabau, dengan dasar Lahkah Ompek (Langkah Empat) dan ada juga dengan Langkah Duo Boleh(Dua Belas). Silat lintau memili guru silat di hampir 9 koto (daerah) di lintau yang masing-masingnya memiliki gaya tersendiri namun tetap berdasarkan langkah yang sama.
Pengasas Seni Silat Lintau yang pertama di Tanah Melayu adalah Baginda Tengku Zaharuddin Shah @ Syed Bondu Kandiong ia itu yang lebih terkenal sebagai Panglima Lidah Hitam yang di lahirkan pada tahun 1683 di Padang Pariman minangkabau Sumetra. Panglima Lidah Hitam telah meninggal dunia pada tahun 1724 yang jasadnya telah disemadikan di Kampong Parit Sakai Laut Muar Johor ketika berusia 41 tahun.
Panglima Lidah Hitam adalah putera kepadaTengku Nanrinci (Bendahara Sakti) lahir pada tahun 1662 daripada naungan Pepatih Nan Sebatang Kampong Lintau Indonesia.
Putera kepada Panglima Lidah Hitam pula adalah Panglima Alang Laut yang melahirkan Sutan Idham @ Ibrahim. Sutan Idham ia itu bapa kepadaTuan Haji Abdul Mulok , pengasas Persatuan Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia. Tuan Haji Abdul Mulok bin Sutan Idham dilahirkan di Padang Periman pada tahun 1903. Pada tahun 1917 Abdul Mulok telah tamat mempelajari silat Lintau daripada datuknya cuma dalam tempohmasa tujuh hari sahaja.
Pada tahun 1928 ketika berusia 25 tahun Haji Mulok telah datang ke Tanah Melayu untuk mencari datuknya Panglima Lidah Hitam. Baginda telah ke Pulau Pinang besama rakan rakannya yang kemudiannya menetap seketika di Bagan Serai Perak. Ketika di Bagan Serailah baginda telah dijemput mengajar persilatan di Istana Kuala Kangsar . Dari Kuala Kangsar Baginda telah berhijrah pula ke Teluk Intan sebelum menetap di Kampong Cangkat Larang Batu Gajah Perak serta mendirikan rumahtangga dengan Aminah binti Hassan.
Pada tahun 1965 Haji Mulok telah menziarahi Makam Panglima Lidah Hitam di Kampong Parit Sakai Laut Muar Johor (kini dibawah jagaan Muzium Negara).
Tuan Haji Mulok adalah tokoh dan pengasas Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1975. Pada tahun 1972 sahaja jumlah murid yang mempelajari Panca Indra Seni Silat Lintau adalah melebihi 10 ribu orang (rujuk Akhbar Berita Harian edisi ahad 11/5/1988).
Tuan Haji Abdul Muluk telah meninggal dunia ketika berusia 79 tahun, pada 4hb Mei 1982 bersamaan hari selasa jam 10.50 malam (10 Rejab 1402 Hijrah) di Hospital Besar Ipoh, kerana mengalami penyakit peparu berair. Jenazah Alahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampong Seri Rahmat Cangkat Larang Batu Gajah Perak (Al Fatehah).

No comments:
Post a Comment